Kebab Kambing Aussie dengan Rojak Buah

  • Prep 1Hr, 30Min
  • Cook 15Min
  • Style
  • Meat
  • Cut
  • Serves 4

Kebab kambing Aussie adalah sebuah hidangan yang enak dan didampingi dengan rojak buah yang mempunyai campuran rasa masam dan manis.

Ingredients

Kebab Kambing:

700g daging cincang kambing Australia
2 tangkai daun ketumbar
200g bawang Holland, didadu
2 ulas bawang putih, didadu
2 sudu besar serbuk kayu manis
2 sudu besar serbuk campuran rempah ratus
4 sudu besar serbuk cili
Garam secukup rasa
Minyak masak
Beberapa batang lidi (direndam dalam air selama satu malam)

Sambal Rojak Buah - digaul rata:

500g air asam pekat
½ sudu besar gula melaka
1 sudu besar pes cili
½  sudu besar belacan
3 sudu besar sambal
3 sudu besar sos tomato
50ml kecap manis
2 sudu besar kacang tanah, dicincang
1 sudu besar biji bijan

Buah-buahan segar dan sayuran - Dipotong dadu saiz ½ inci dan digaulkan ke dalam sambal rojak:

Nenas (dibuang inti tengah)
Mangga muda
Jambu batu
Epal hijau
Timun
Lobak putih muda

Preparation

  1. Campurkan semua bahan-bahan untuk kebab kambing dan simpankan di dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum mencucuk dagingnya dengan lidi.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali atau pemanggang. Kemudian, masukkan daging yang sudah dicucuk untuk dimasak.

  3. Balikkan daging sehingga dagingnya masak sepenuhnya dan warnanya menjadi kekuningan.

  4. Sajikan dengan rojak buah.