Daging lembu halal Australian Striploin Panggang dan Salad Brokoli bersama Sos Teriyaki Bawang Putih Lada Hitam

  • Prep 25Min
  • Cook 1Hr
  • Style ,
  • Meat
  • Cut
  • Serves 1

Daging lembu halal Australian Striploin yang dipanggang dengan sempurna disertai dengan Salad Brokoli yang digoreng sedikit hangus, hirisan kentang goreng berbentuk wedges yang digoreng hingga rangup, dan disirami dengan Sos Teriyaki Bawang Putih dan Lada Hitam yang penuh cita rasa untuk menyempurnakan hidangan ini.

Ingredients

  • 150 gm Daging Stik Striploin Halal dari Australia
  • ½ gm Serbuk Garam laut
  • 0.2 gm Serbuk Paprika
  • 80 gm Brokoli, potongan stik
  • 30 gm Tomato Ceri
  • 15 ml Minyak Kanola
  • 60 gm Kentang Russet, dikupas, dihiris menjadi bentuk wedges
  • 1000 ml Minyak untuk menggoreng
  • Garam dan lada untuk perisa (seasoning)

Sos Teriyaki Bawang Putih dan Lada Hitam

  • 20 ml Sos Teriyaki Lada Hitam Kikkoman
  • 5 gm Bawang Putih, dikupas
  • 2 gm Lada Hitam yang ditumbuk kasar
  • 8 ml Air

Preparation

1. Kukus hirisan kentang berbentuk wedges hingga lembut tetapi masih pejal. Masukkan ke dalam penyejuk beku dan bekukan selama 30 minit.

2. Untuk membuat sos: Tumis bawang putih dalam minyak, hingga naik bau, masukkan sos Teriyaki. Tambahkan air untuk mencairkan sos. Kacau hingga sebati. Ketepikan.

3. Perasakan Daging Striploin dengan garam, lada, dan serbuk paprika.

4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dengan suhu sederhana, dan panggang brokoli hingga masak. Masukkan tomato ceri ketika brokoli sedang separuh masak. Masukkan perisa.

5. Keluarkan kentang dari penyejuk buku dan goreng dalam minyak panas pada suhu 170°C hingga berwarna keemasan. Apabila selesai, keluarkan dan lapkan minyak sehingga kering. Perasakan dengan garam.

6. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dengan suhu sederhana, dan letakkan daging striploin di atas kuali untuk membakar satu bahagian selama 3 minit. Pusingkan untuk membakar bahagian sebelahnya pula selama 3 minit lagi.

7. Keluarkan dari kuali dan letakkan daging di atas pinggan, dan biarkan selama 5 minit.

8. Untuk dihidangkan, susun brokoli dan tomato di atas pinggan. Goreng semula hirisan kentang dengan cepat untuk memastikan kerangupannya.

9. Letakkan daging stik striploin bersama sayuran yang dihidangkan.

10. Panaskan semula sos dan tuangkan sedikit di atas daging. Hidangkan dengan segera.